Hi! Welcome Back and Stay Tune! DuitNow Kelak Akan Memudahkan Pembayaran Terus Ke MyKad Atau No. Telefon – Gantikan Akaun Bank - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DuitNow Kelak Akan Memudahkan Pembayaran Terus Ke MyKad Atau No. Telefon – Gantikan Akaun Bank

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah berkongsi secara ringkas berkenaan perancangan pengenalan sistem baru yang membolehkan penghantaran dan penerimaan wang hanya melalui nombor telefon. Kini, kami mendapat info lanjut mengenai inisiatif baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi ini.

Diterajui oleh PayNet (pegangan majoriti oleh Bank Negara Malaysia), inisiatif baru ini dikenali dengan nama DuitNow buat masa ini. Melalui DuitNow, ia ingin menawarkan kemudahan pemindahan dana dalam bentuk masa-nyata kepada pengguna tempatan dengan pantas.

DuitNow

Untuk tujuan berkenaan, pemindahan dana ini boleh dilakukan menggunakan lima ID yang digunakan meluas menggantikan akaun bank, termasuk menggunakan nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor tentera/polis atau nombor pendaftaran perniagaan.

Dengan langkah pengenalan DuitNow ini, ia sekaligus akan memudahkan pelbagai urusan harian – termasuk membolehkan kerajaan melakukan sesuatu pembayaran kepada rakyat menggunakan nombor MyKad. Selain itu, pengguna juga boleh melakukan pembayaran kepada perniagaan menggunakan nombor pendaftaran syarikat. Atau pengguna juga boleh menghantar dan menerima wang antara satu sama lain menggunakan nombor telefon.

Buat masa ini, tarikh pengenalan DuitNow ini secara rasminya masih tidak diketahui lagi. Laman rasmi DuitNow dilihat sudah pun aktif, dan kita mungkin melihat ia dilancarkan seawal suku tahun ketiga ini.

Menurut beberapa sumber kami juga, ia dikatakan kelak pengguna boleh log masuk ke perbankan atas-talian mereka, dan memautkan akaun bank ke nombor telefon dan no kad pengenalan – sekaligus memudahkan penerimaan wang.

Inisiatif baru ini sekaligus dilihat akan mengalakkan lagi pertumbuhan pembayaran digital yang semakin hangat di Malaysia akhir-akhir ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan perkhidmatan dan inisiatif DuitNow ini secara rasminya dalam masa terdekat ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mgVf6Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.