Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Office 365 Home Diturunkan Harga Langganan Bulanan Dari RM37.99 Ke RM36 Sebulan Bermula 19 Julai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Office 365 Home Diturunkan Harga Langganan Bulanan Dari RM37.99 Ke RM36 Sebulan Bermula 19 Julai

Perisian produktiviti pejabat Microsoft Office 365 merupakan sebuah perisian yang tidak boleh ditinggalkan oleh mereka yang bekerja di pejabat dan sering perlu menulis dokumen menggunakan Word, ataupun memasukkan nombor di dalam spreadsheet Excel.

Perisian Office 365 ini lengkap sekali untuk pelbagai jenis tugasan di pejabat yang anda mungkin akan perlu lakukan. Dengan melanggan secara bulanan ataupun tahunan, anda akan mendapat kemaskini terbaru untuk perisian Office ini tanpa perlu risau mengenai keperluan untuk membeli perisian Office yang baru.

Terkini, Microsoft dilihat akan menurunkan harga langganan perisian Microsoft Office 365 Home sebanyak RM1.99, daripada RM37.99 kepada RM36.00 bermula 19 Julai 2018.

Menariknya, emel makluman yang diterima oleh kami hanya menyatakan harga langganan bulanan yang akan berubah, dan tiada maklumat mengenai harga langganan tahunan.

Carian kami di laman web Microsoft Office 365 masih menunjukkan bahawa perisian Office 365 buat masa ini masih menunjukkan harga sebelum penurunan, iaitu RM37.99 untuk langganan bulanan, dan RM379.99 untuk langganan tahunan.

Buat masa ini, kami berpendapat bahawa harga langganan tahunan akan berubah untuk mengikut harga langganan bulanan, dan ini akan menjadikan harga langganan tahunan untuk Office 365 sebagai RM360 setahun.

Harga-harga baru untuk pelan-pelan lain seperti Microsoft Office 365 For Business juga masih belum diperlihatkan lagi, dan kebarangkalian besar akan juga berubah menjelang 19 Julai 2018 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L9FSev

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.