Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Alhamdulillah, Buah Pinggang Saya Lulus Untuk Diberikan Kepada Suami.” Dayangku Intan Sedia Kongsi Buah Pinggang Dengan Suami.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Alhamdulillah, Buah Pinggang Saya Lulus Untuk Diberikan Kepada Suami.” Dayangku Intan Sedia Kongsi Buah Pinggang Dengan Suami..



PENYANYI era 1990an iaitu Dayangku Intan lega apabila buah pinggangnya didapati sesuai untuk didermakan kepada suami, Rosman Yahil yang kini menghadapi masalah itu. 

Dayang yang terkenal dengan lagu Berpaut Di Dahan Cinta ini berkata, dia kini hanya perlu menjalani proses terakhir iaitu bertemu pakar psikiatri sebelum menjalani pemindahan organ tersebut.


"Alhamdulillah selepas beberapa proses dilalui, tahap kesihatan saya adalah baik dan bebas daripada sebarang penyakit. Ia melayakkan sebelah buah pinggang saya untuk diberikan kepada suami.

"Insya-Allah pembedahan mungkin pada September nanti. Doakan semua berjalan lancar,” ujarnya.

Image result for Dayangku Intan

Dayang ditemui pada rakaman program Dimensi Legenda yang diadakan di Angkasapuri pada Khamis.

Rosman, 56, yang mengalami masalah pada kedua-dua belah buah pinggangnya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dipindahkan dari Hospital Serdang pada 17 Jun lalu.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga 34 tahun lalu dan dikurniakan empat cahaya mata.

Dalam pada itu, Dayang berkata, pembedahan yang sepatutnya berlangsung pada Ogos depan ditangguhkan kerana suaminya didapati mengalami masalah pada jantung.

Related image

"Keadaan kesihatan dia tidak mengizinkan untuk menjalani pembedahan pada bulan ini. Ada masalah sedikit dan Insya-Allah bulan depan akan dibedah,” ujarnya.


Tambahnya, sebagai isteri dia mahu melihat suaminya kembali sihat seperti biasa biarpun terpaksa memberikan sebelah buah pinggangnya.

Katanya, dia juga melihat beberapa wanita yang sudah melakukan perkara yang sama tidak mempunyai masalah untuk menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

"Saya sudah jumpa dengan wanita lain yang menderma sebelah buah pinggang mereka dan boleh hidup seperti biasa.

"Kita boleh hidup normal dengan sebelah buah pinggang sahaja. Cuma penerima yang perlu diberi perhatian sama ada sesuai atau tidak untuk menerima buah pinggang baru,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dayang berharap ada persatuan yang prihatin dalam menghulurkan bantuan tanpa syarat yang sukar.

Katanya, beberapa rakan ada membantu dia untuk mendapatkan bantuan daripada persatuan, namun terlalu banyak syarat membuatkan dia sukar untuk menerima bantuan tersebut.

"Sepatutnya bantuan atau derma memudahkan kita yang dalam kesukaran, tapi kalau bantuan yang ingin diberi itu mempunyai banyak pula persoalan dan syarat lebih baik tidak usah bantu,” ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Leo9U6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.