Padah Curang, Mayat Bekas Suami Ditanam Belakang Rumah Untuk Jadi Baja Kebun Sayur..
MOSCOW: Seorang wanita ditahan kerana membunuh bekas suaminya lalu memotong mayat mangsa menggunakan gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.
Olga Sterlyadeva, 32, menetak leher Alexander dengan kapak ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji besi di rumahnya di Staroe Slyakovo wilayah Tatarstan.
Ibu tiga anak tersebut pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, yang ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, pasangan berkenaan sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama kerana mangsa tiada wang untuk berpindah.
Olga dikatakan membunuh mangsa kerana tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.
Mangsa dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.
Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitahu, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan Olga berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah. - Dailymail
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LDZJ2v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment