Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Usia 10 Bulan Jatuh Buai Di Rumah Pengasuh Meninggal Dunia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Usia 10 Bulan Jatuh Buai Di Rumah Pengasuh Meninggal Dunia..



MUAR: Seorang bayi lelaki 10 bulan yang parah pada kepala dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira 9 pagi Sabtu.

Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, memaklumkan perkara itu melalui aplikasi Whatsapp berkata, Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.


“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya.

Selasa lepas, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.


Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.

Susulan daripada itu, Khamis lepas polis menahan pengasuh terbabit bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JJ5iKZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.