Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beberapa Fungsi Baharu S-Pen Untuk Samsung Galaxy Note 9 Kini Diketahui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beberapa Fungsi Baharu S-Pen Untuk Samsung Galaxy Note 9 Kini Diketahui

Sejak dilancarkan pada tahun 2010, stylus S-Pen yang digunakan pada Samsung Galaxy Note adalah yang terbaik di dalam kelasnya. Dengan pelancaran Note 9, Samsung akhirnya cuba menyertakan beberapa fungsi baharu yang tidak disokong sebelum ini menerusi sokong bluetooth. Fungsi baharu ini akhirnya diketahui selepas firmware untuk Galaxy Tab S4 tertiris ke arena web.

Laman XDA melakukan analisa ke atas firmware dan menemui fungsi-fungsi baru ini. Memandangkan Tab S4 turut mempunyai S-Pen, fungsi yang sama pastinya turut akan ditemui pada Note 9 kelak. Pertama sekali ia mengesahkan sokongan kawalan pemain muzik dan bateri terbina di dalam stylus. S-Pen turut boleh menjadi alat kawalan jauh untuk menangkap gambar. Tekan butang pada S-Pen dan gambar akan diambil.

Peranti turut boleh dinyahkunci menggunakan S-Pen. Sebelum ini apabila peranti terkunci dan S-Pen telah dikeluarkan, pengguna perlu menekan skrin dan melakukan proses nyahkunci. Kebarangkalian besar sistem nyahkunci apabila mengesan aksesori bluetooth digunakan kali ini.

Terdapat juga tetapan untuk mengesan satu atau dwi-tap pada skrin menggunakan S-Pen. Disamping itu terdapat sokongan melancarkan aplikasi dan S-Launcher apabila butang S-Pen ditekan dengan lama.

Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Galaxy Note 9 dilancarkan. Teruskan bersama Amanz untuk mendapatkan berita lanjut mengenai phablet berstylus ini dalam masa terdekat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uStWDD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.