Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Belajar 'Home Birth' Dengan Video Youtube.' Wanita Hamil Maut Gara-Gara Suami Yang Tiada Pengalaman Dan Kelayakan Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Panduan Youtube.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Belajar 'Home Birth' Dengan Video Youtube.' Wanita Hamil Maut Gara-Gara Suami Yang Tiada Pengalaman Dan Kelayakan Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Panduan Youtube..

Gambar sekadar hiasan


HASRAT pasangan suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi mereka di rumah berakhir tragedi apabila si isteri meninggal dunia gara-gara suaminya mengikut panduan video.

Krithika, 28, yang melahirkan anak keduanya di Tirupur Tamil Nadu, meninggal dunia akibat pendarahan teruk selepas melahirkan anak dengan bantuan suami, rakan suami dan isterinya di rumah, yang mana tidak seorang pun daripada mereka mempunyai kelayakan perubatan, menurut polis.


Pada mulanya, wanita itu bersama bayi perempuan yang baru lahir tidak sedarkan diri dan digegaskan ke sebuah hospital kerajaan di Tirupur, di mana para doktor mengisytiharkan dia meninggal dunia pada Ahad.

Bagaimanapun bayi itu selamat dan dirawat di hospital, kata polis.

Penduduk tempatan memaklumkan pegawai-pegawai Pembangunan Kanak-Kanak yang kemudian membuat laporan polis.


Suami wanita berkenaan, Karthikeyan ditahan dan polis melakukan soal siasat.

Menurut siasatan awal, Karthikeyan, yang bekerja di sebuah syarikat pakaian mempunyai anak berusia lima tahun bersama Krithika.

Selepas dia mengandung buat kali kedua, pasangan itu mula menonton cara bersalin di rumah yang benyak terdapat di Facebook dan Youtube.


Pada 22 Julai, ketika Krithika mahu melahirkan anak, suaminya memanggil sahabatnya, Praveen dan isterinya untuk membantu dalam proses kelahiran anak keduanya.

Mereka melihat panduan kelahiran secara normal di telefon bimbit dan komputer sehinggalah Krithika melahirkan seorang anak perempuan.

Walau bagaimanapun, dia tidak sedarkan diri akibat pendarahan yang berlebihan dan meninggal dunia. -KhaleejTimes


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K728Rr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.