Hi! Welcome Back and Stay Tune! Walmart Dilaporkan Mengambil Masuk Mark Greenberg Untuk Membina Perkhidmatan Penstriman Video Mereka Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Walmart Dilaporkan Mengambil Masuk Mark Greenberg Untuk Membina Perkhidmatan Penstriman Video Mereka Sendiri

Perkhidmatan penstriman video bukanlah sesuatu yang baru, dengan pelbagai pilihan di pasaran antarabangsa, seperti Netflix, Hulu, Amazon Prime Videos, HBO dan sebagainya.

Tech Crunch melaporkan bahawa Walmart, diantara rangkaian kedai barangan runcit yang terbesar di Amerika Syarikat berminat untuk membina perkhidmatan penstriman video mereka sendiri dengan pengambilan bekas CEO Epix, Mark Greenberg. Epix merupakan sebuah syarikat pembekal rangkaian kabel yang terkemuka di Amerika Syarikat.

Ini bukanlah kali pertama Walmart sedang cuba untuk berjinak di dalam arena ini. Pada tahun 2010, syarikat tersebut dilihat mengambil alih Vudu, iaitu syarikat penyewaan dan pembelian video atas talian.

Perkhidmatan yang ingin dibina oleh Walmart ini lebih menyerupai Netflix dan Hulu berbanding dengan Vudu, dan dikatakan akan hadir dengan harga langganan mampu milik yang boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Buat masa ini, ia juga dikatakan bahawa pelan ini masih berada di dalam fasa perbincangan. Buat masa ini, Walmart ataupun Mark Greenberg masih tidak mengatakan apa-apa berita konkrit mengenai perkhidmatan penstriman video tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LWsyqT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.