Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya Terdengar Bayi Menangis, Ibunya Maut Di Bawah Papan.' Bayi 'Ajaib' Terkeluar Dari Rahim Ibu Selepas Perut Ibu Koyak Akibat Impak Dalam Kemalangan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya Terdengar Bayi Menangis, Ibunya Maut Di Bawah Papan.' Bayi 'Ajaib' Terkeluar Dari Rahim Ibu Selepas Perut Ibu Koyak Akibat Impak Dalam Kemalangan..



SEORANG bayi terselamat selepas terkeluar dari rahim ibunya yang koyak akibat impak kemalangan jalan raya mengerikan.

Ibu bayi tersebut merupakan seorang penumpang dalam sebuah trak membawa muatan papan kayu yang terlibat kemalangan dekat Cajati, tenggara Brazil.

Apabila trak itu terbalik, mangsa tercampak keluar sebelum dilanggar sebuah trak lain dia atas jalan raya mengakibatkan perutnya koyak.


Pasukan kecemasan menjumpai mayat wanita hamil itu di bawah timbunan papan kayu di atas jalan raya.

Mereka bagaimanapun dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang ditemui terbaring di atas rumput beberapa meter dari lokasi insiden.

Bayi itu yang tali pusatnya terputus impak daripada kemalangan itu dilaporkan sihat dan tidak mengalami sebarang kesan calar.

Bayi tersebut ditemui terbaring di atas rumput.

Dia kini sedang dirawat di sebuah hospital dekat daerah Pariquera-Acu.

Polis sedang berusaha mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut yang didapati hamil 39 minggu dengan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

"Ia adalah kemalangan ngeri dengan seorang dilaporkan maut.


"Apabila saya tiba di sana, saya lihat pemandu trak cedera parah.

"Saya kemudian menjumpai mayat wanita di bawah timbunan papan kayu sebelum terdengar bunyi tangisan bayi.


Image result for Bayi 'ajaib' terkeluar dari rahim ibu impak kemalangan

"Saya amat terkejut kerana bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan," kata jurucakap paramedik, Elton Fernando Barbosa.


Dia menjumpai bayi tersebut beberapa meter dari ibunya dan segera menghubungi ambulans supaya membawanya ke hospital.


"Bayi itu terkeluar dari rahim ibunya akibat kemalangan tersebut. Impak kemalangan itu amat serius sehingga bayi itu terkeluar sendiri dari rahim ibunya.

"Dia (bayi) sempurna, sihat dan tiada kesan calar. Ia satu keajaiban dia selamat.

"Semuanya kuasa Tuhan. Saya tiada idea bagaimana bayi itu boleh keluar dengan selamat semasa kemalangan tersebut," katanya.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K7rnDl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.