Telegram Kini Mempunyai Fungsi “Mark As Read” Untuk Notifikasi Android
Telegram adalah satu aplikasi permesejan yang mudah digunakan dan penuh dengan pelbagai ciri dan fungsi. Baru-baru ini, mereka baru sahaja memperkenalkan “Telegram Passport” untuk sokongan pengesahan identiti dengan mudah. Terkini, melalui kemaskini di bahagian server – fungsi “Mark As Read” telah diperkenalkan.
Fungsi ini sudah lama hadir dalam beberapa aplikasi SMS untuk Android. Di mana selain fungsi menekan “Reply” untuk membalas dengan pantas, ia turut mempunyai fungsi “Mark As Read” agar notifikasi tidak menganggu. Kini, fungsi ini hadir untuk Telegram dan Telegram X secara berperingkat.
Saya telah mencubanya dan pada Xiaomi Mi A2 saya, fungsi ini berfungsi pada Telegram dan tidak pada Telegram X. Manakala pada Xiaomi Mi 6, fungsi ini hanya hadir pada Telegram X. Ia mungkin akan hadir kepada semua tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AwrCIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment