Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ustazah Cikgu Praktikal Je Tak Layak Nak Tegur Saya!”. Guru Sebak, Gara-Gara Tegur Sikap Buruk Pelajarnya, Dia Mendapat Surat Makian.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ustazah Cikgu Praktikal Je Tak Layak Nak Tegur Saya!”. Guru Sebak, Gara-Gara Tegur Sikap Buruk Pelajarnya, Dia Mendapat Surat Makian..



Mendidik anak pada zaman kini merupakan antara cabaran paling besar yang perlu dihadapi oleh ibu-bapa. Dengan teknologi zaman sekarang yang serba canggih, anak-anak akan lebih terdedah dengan pelbagai perkara termasuk yang tidak baik. Tidak hairanlah kalau terlalu banyak kes yang melibatkan anak remaja.

Di sekolah pula, cikgu akan menerima cabaran paling besar dalam membentuk salsiah pelajar mereka. Seperti yang dikongsi cikgu ini, bayangkan kerana menegur sikap pelajarnya, dia mendapat surat makian. Memang berani sungguh budak zaman sekarang!


Sedih sangat hati hari ni..dapat 'surat cinta' daripada anak murid sendiri..petang semalam saya tegur beberapa org pelajar tingkatan 2 yang sedang leka bermain kad 'mobile legends', sedangkan saya sedang mengajar di depan kelas..

Sekali tegur suruh simpan tak jalan..dua kali tegur tak jalan jugak..siap mengejek 'ustazah cikgu praktikal je tak layak nak tegur saya'..dia tunjuk dia punya kurang ajar..sekali dah tak boleh nak sabar, saya bangun pergi kat meja dia, saya rampas semua kad tu, niat pada mulanya nak rampas saja, dan akan pulangkan semula bila habis kelas nanti..tapi bila diamati kad tu betul-betul, rupanya kad 'mobile legends' yang mnjadi kegilaan remaja sekarang adalah kad berunsur lucah; kad perempuan berpakaian seksi dgn buah dada dan punggung tersembul keluar..serta merta saya koyak semua kad tu depan mata dia..

'Saya report mak ayah saya suruh jumpa ustazah nanti..'

'Silakan..saya boleh explain satu persatu kat mak ayah awak..apa kesalahan awak dan kenapa saya buat mcm ni..'

Dia diam..Merah padam muka dia semalam tahan marah..saya tanya kenapa main kad macam ni..kan ada gambar tak elok tu..dia kata dah lama dia kumpul kad tu, sbb kad tu paling banyak dapat markah..berebut-rebut orang nak kumpul..


Allahu..sedikit demi sedikit musuh islam mencucuk jarum halus memainkan peranan untuk merosakkan anak-anak kita..menakutkan budak-budak zaman sekarang ni..jauh sangat beza perangai mereka dengan kita dulu..moga Allah jaga kita semua serta selamatkan anak-anak dan generasi kita dari perkara-perkara yang boleh menghakis nilai islam dalam diri..

Zaman ini, pelbagai serangan yang bertubi-tubi sedang menghentam pemikiran dan jiwa anak-anak kita..

Satu-persatu benda yang tidak bermanfaat ditonjolkan dalam masyarakat kita..Dengan tiktoknya, syantiknya, dan yg terbaru Keke Challenge, termasuk juga permainan video seperti mobile legends dan sebagainya..Hingga anak-anak terpengaruh dan hilang adab, rasa malu dan rasa hormat pada orang lain..

Setiap daripada kita perlu memainkan peranan sebenarnya..terutama ibu bapa dan guru-guru..sebahagian ibu bapa berlepas tangan dalam mendidik anak-anak, malah beri kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menggunakan gadjet tanpa ada sekatan langsung..


Dan pada masa yang sama, di sekolah, sebahagian guru muda pula gigih merakam tiktok dan musically bersama anak murid, sibuk berselfie setiap hari dalam kelas dan upload di media sosial setiap masa dgn alasan nak jadi cikgu yang 'sporting'..lalu lahirlah acuan anak-anak yang sebegini..kelak bimbang di kemudian hari nanti perkara ini akan diserap menjadi budaya dan normalisasi dalam jiwa anak-anak, kerana tiada siapa pun yg mahu menegur..

Apapun, moga kita bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik anak-anak kita, agar subur hati mereka dengan ajaran islam yang sebenar..moga anak-anak kita tepelihara dari unsur-unsur sebegini..

Sekian luahan saya,
Guru praktikal yang tidak mengambil jurusan pendidikan.

Kredit: Nurul Farinie Zainal Abidin


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Akg7ny

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.