Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Saya Mahu Jadi Pandai Supaya Saya Dapat Kerja Yang Bagus Bila Dewasa Nanti Untuk Kesenangan Keluarga.” Kegigihan Kanak-Kanak Gelandangan Ini Menuntut Ilmu Menjadi Inspirasi .. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Saya Mahu Jadi Pandai Supaya Saya Dapat Kerja Yang Bagus Bila Dewasa Nanti Untuk Kesenangan Keluarga.” Kegigihan Kanak-Kanak Gelandangan Ini Menuntut Ilmu Menjadi Inspirasi ..


Lorensalie Elaine Dolfo dari Manila, Filipina baru berusia 8 tahun, namun semangat juangnya melalui kehidupan kerana kemiskinan keluarga wajar dijadikan inspirasi buat semua. Nasib Elaine agak malang apabila keluarganya telah dihalau keluar dari rumah yang disewa kerana bapanya yang sakit dan kehilangan pekerjaan tidak lagi mampu menyara keluarga. Akibatnya mereka menjadi gelandangan dan tidur di tepi jalan.


Tambah menyedihkan, tatkala keluarga ini mengharungi masalah tempat tinggal, Filipina sedang mengalami musim monsun dan hujan lebat. Bayangkan kesukaran yang terpaksa dilalui oleh Elaine dan ahli keluarganya bukannya sedikit.


Akibat kehilangan tempat tinggal, Elaine, ibunya Ellen, 40 tahun dan adiknya, Alexandra yang baru berusia 4 tahun tinggal dan tidur bersebelahan bilik pemanas sebuah bangunan pangsapuri di Manila. Bapanya, Jerry, 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi roda tiga telah jatuh sakit dan tidak lagi mampu bekerja menyara keluarganya.

Seorang pejalan kaki bernama Rolando Villanueva yang kebetulan melalui laluan kaki lima tempat keluarga ini sedang berteduh telah terserempak dengan keluarga ini dan merakamkan video Elaine yang sedang bersungguh-sungguh menyiapkan kerja sekolahnya di dalam hujan lebat yang sedang turun.


Disebalik kesukaran dan nasib malang yang sedang dihadapinya, Elaine begitu bertekad untuk menghabiskan kerja sekolahnya di dalam baju jaket semasa angin dan hujan lebat sedang menolak-nolak anak gadis kecil ini. Sambil memegang jaket, Elaine menyelak buku kerja dan cuba menyelesaikan kerja sekolah tersebut.


Hujan dan angin kencang membasahi diri Elaine. Terlihat ibu dan adiknya sedang tidur dalam kebasahan di sebelahnya. Elaine dengan tekun menulis sesuatu dengan pensil di atas buku kerja itu sambil memegang dan berselubung dengan jaket itu bagi melindungi buku-buku yang sedang diulangkaji dari basah dan rosak.

Image result for Lorensalie Elaine Dolfo

Elaine memberitahu Rolando yang dia mahu menjadi pelajar cemerlang dan terbaik di dalam kelas supaya suatu hari kelak dia akan mendapat pekerjaan yang baik bagi membantu keluarganya.

Kata Elaine, “Saya perlu menghabiskan kerja sekolah ini dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Kemudian saya akan mendapat pekerjaan yang baik supaya saya boleh menjaga diri sendiri dan keluarga saya. Saya perlu menyelesaikan kerja sekolah ini untuk guru.”


Lorensalie Elaine Dolfo adalah pelajar Gred 3 di Sekolah Rendah Aurora Quezon di Manila. Elaine sememangnya merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah.

Rolando berkata Elaine telah memberi inspirasi kepada kita semua bagaimana pendidikan itu sangat penting kepada diri sendiri serta masa depan dan ia tidak sepatutnya diabaikan.


Kata Rolando, “Rakaman ini akan saya tunjukkan kepada anak-anak saya untuk mengingatkan mereka betapa pentingnya pendidikan yang mereka perolehi di sekolah. Anak saya perlu berasa bersyukur betapa bertuahnya mereka kerana mendapat pendidikan yang baik di sekolah.”

Image result for Lorensalie Elaine Dolfo

Kata Rolando lagi, “Anak kecil ini akan berjaya di dalam hidupnya. Saya pasti masa depannya akan cerah. Dia begitu bertekad dan sangat pintar. Keluarganya kehilangan rumah dan keadaannya tidak sempurna apatah lagi untuk berasa selesa. Tetapi Elaine masih memberi keutamaan untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Ia sangat memberi inspirasi.”

VIDEO:







✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Oqd0x9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.