Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakak Polis Ini Memang Lain Dari Yang Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakak Polis Ini Memang Lain Dari Yang Lain

EMPAT belas tahun lalu ketika masih di bangku sekolah, wanita ini mengikuti kelas bahasa isyarat sekadar suka-suka bagi mengisi masa lapang di asrama. Namun, kemahiran dimiliki anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nurul Fatihah Shamsudin Shah, 27, memberikan kelebihan kepadanya sekali gus membantu berurusan terutama dengan orang kurang upaya (OKU).Kemahiran Nurul Fatihah dipuji netizen apabila rakaman video dia menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi seorang wanita OKU datang membuat aduan di pejabat JPJ tular di media sosial.Nurul Fatihah berkata, dia tidak menyangka kemahiran bahasa isyarat dipelajari ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (STAD), Seremban, Negeri Sembilan, memberi kelebihan buatnya ketika menjalankan tugas.

“Saya menyertai kelas yang diadakan pada hujung minggu itu ketika belajar di STAD dari Tingkatan Satu hingga Lima.Selain mengisi masa lapang, saya sertai kelas bahasa isyarat kerana mahu memudahkan komunikasi dengan pelajar pendidikan khas yang tinggal satu asrama dengan saya.Tidak sangka hari ini, kemahiran itu rupanya amat berguna dalam kerjaya saya kerana dapat membantu insan istimewa pekak dan bisu datang berurusan dengan kami,” katanya.Menurutnya, video berdurasi satu minit 30 saat itu dirakam rakan setugas ketika dia diminta membantu anggota Unit Pelesenan mengendalikan aduan seorang wanita OKU pendengaran.

“Wanita itu ditemani suaminya yang juga OKU pekak dan bisu. Pasangan itu mengadu mengenai tindakan sebuah sekolah memandu yang sudah mengambil wang, namun tidak mengajar wanita terbabit.Lesen ‘L’ wanita itu sudah hampir tamat tempoh jadi dia tampil berjumpa kami untuk mendapatkan bantuan.Namun, anggota mengendalikan aduan itu mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan pasangan terbabit, jadi saya diminta seorang rakan untuk membantu menjadi jurubahasa,” katanya.Katanya, dia diberi kepercayaan sebagai jurubahasa sepanjang pegawai berkenaan mencari penyelesaian untuk kes wanita OKU berkenaan.

“Saya akan terbabit secara langsung dalam membantu memudahkan perjalanan kes ini. Pihak kami akan mengambil tindakan kepada sekolah latihan memandu itu dan membantu wanita OKU berkenaan sampai dia dapat lesen memandunya,” katanya.Menurutnya, situasi seumpama itu bukan perkara asing baginya, malah dia pernah menggunakan kelebihan dimiliki untuk membantu golongan OKU lain.Selalu di Unit Pendakwaan sendiri, saya menggunakan bahasa isyarat untuk berurusan dengan individu pekak dan bisu yang kena saman.Saya gembira kerana memiliki kemahiran ini kerana dapat menyelesaikan kes dianggap unik. Malah, urusan kami dengan pelanggan dalam kalangan OKU pekak dan bisu berjalan lancar,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NVcPxD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.