Spotify Menghentikan Ujian Keperluan Pengesahan Untuk Menggunakan Pelan Spotify Family
Semalam, kita telah mendengar yang mana Spotify mula melakukan ujian pengesahan yang memerlukan pengguna melakukan pengesahan alamat sebelum dapat meneruskan penggunaan pelan Spotify Family.
Ujian berkenaan dilihat dilakukan di 4 buah negara – dan ramai pengguna yang tidak menyukainya, dan memberikan maklumbalas negatif terhadap perkara berkenaan.
Kini, lanjutan daripadanya, Spotify hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menghentikan ujian berkenaan.
Untuk makluman, Spotify mengambil langkah pengesahan alamat untuk pelanggan Spotify Family bagi mengelak penyalahgunaan. Malah, pada terma dan syarat Spotify Family sendiri ia menyatakan yang mana semua pelanggan dibawah Spotify Family perlu berkongsi alamat fizikal yang sama.
Namun, ramai yang tidak mengendahkannya – dan ada sejumlah pengguna yang berkongsi pelan berkenaan bersama-sama rakan terdekat dan melakukan penjimatan melaluinya, berbanding keperluan melanggan Spotify Premium yang lebih mahal.
Walaupun Spotify telah menghentikan ujian ini buat masa ini, namun ia tidak bermakna Spotify akan membiarkan pengguna menyalahgunakan pelan berkenaan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai hal ini daripada Spotify tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DO3iDU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment