Selepas Chong Wei disahkan menghidap kanser, Ini kata-kata Lin Dan
KUALA LUMPUR: Juara dunia lima kali, Lin Dan tidak mahu Datuk Lee Chong Wei terlalu memikirkan karier badmintonnya ketika ini.
Sebaliknya, pemenang dua pingat emas Olimpik dari China itu mahu seteru lamanya itu fokus terhadap proses pemulihan selepas pendedahan yang mengatakan Chong Wei menderita kanser hidung peringkat awal.
Chong Wei, 36, ketika ini sedang menjalani rawatan di Taiwan dan dijangka akan pulang ke Malaysia bulan ini.
Bercakap kepada media di China, jaguh berusia 35 tahun itu berkata: “Kesihatan badan adalah keutamaan. Tidak penting bila kamu akan dapat kembali beraksi.
“Pertama sekali, saya berharap Chong Wei agar sembuh secepat mungkin.”
Sebelum itu, beberapa pemain terbaik badminton termasuk pemain ranking nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark memberikan ucapan selamat kepada Chong Wei menerusi media sosial.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Sabtu lalu mengesahkan Chong Wei menghidapi kanser sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum ini.
Sukan NSTP membuat pendedahan pada Julai lalu dengan melaporkan Chong Mei sedang mengalami masalah kesihatan yang mampu menamatkan kariernya selepas menarik diri daripada Kejuaraan Dunia di Nanjin, China dan Sukan Asia Indonesia, bulan lalu.
Selepas memenangi Terbuka Malaysia buat kali ke-12 pada Julai, Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia seminggu kemudian di Jakarta yang menjadi kejohanan terakhirnya sebelum menjalani rawatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NRCnvv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment