Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini Menyamar Jadi Juruterbang AirAsia, Last Kantoi Sebab Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini Menyamar Jadi Juruterbang AirAsia, Last Kantoi Sebab Ini

Sejak beberapa hari yang lepas, sebuah video yang merakamkan aksi seorang lelaki yang memakai pakaian seragam seorang kapten penerbangan telah jadi tular di Facebook.

Di dalam video tersebut, lelaki yang mengaku dirinya itu bekerja dengan syarikat Airasia telah ditemubual oleh seorang lelaki lain tentang pengalaman beliau sebagai seorang juruterbang kanan di syarikat tambang murah itu.

Meskipun kelihatan tenang memberikan jawapan, namun boleh diperhatikan bahawa ‘kapten’ Airasia itu sebenarnya tidak memberikan sebarang jawapan yang jelas apabila ditanya tentang pengalamannya.

Lebih melucukan lagi setelah beliau juga gagal untuk memberikan jawapan dengan jelas apabila ditanya tentang jenis pesawat yang diterbang olehnya. Sekarang ini saya bawa pesawat AK, AK43,” jawab ‘kapten’ itu.

Tambah ‘kapten’ itu lagi, pesawat AK yang diterbangnya itu memiliki perbezaan pada bahagian enjin dimana ianya masih menggunakan kipas berbanding enjin jet.

“Enjin dia tak banyak, enjin dia bahagian yang bawah kipas tu, yang dekat situ, yang dua tulah kan. Lepastu ada sedikit yang kat bahagian depan tu kan.”

Video yang telah dimuatnaik oleh Peter Talalla itu kemudiannya telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata mereka terhibur melihat bagaimana lelaki yang menemubual ‘kapten’ itu cuba menahan gelaknya beberapa kali di dalam video tersebut.

Menurut seorang netizen, lelaki ini mungkin telah terpengaruh dengan filem Hollywood berjudul Catch Me If You Can, bagaimana Frank Abagnale, Jr. berjaya menipu ribuan petugas lapangan terbang di seluruh Amerika Syarikat dengan menyamar sebagai seorang juruterbang kepada syarikat penerbangan Pan American.

Lelaki Ini Menyamar Jadi Juruterbang AirAsia, Tapi Bila Kantoi Menipu Semasa Temubual Aksi Dia Bikin Pecah Perut.

Posted by Memang Padu Seyh on Monday, September 24, 2018

Setakat ini, identiti lelaki ‘kapten’ yang hanya dikenali sebagai Kapten Rayzan ini masih belum dapat dikenalpasti dan motif beliau disebalik memakai seragam kapten penerbangan itu masih menjadi tanda-tanya netizen di Malaysia



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2y4f8Dp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.