Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kos Menggantikan Kerosakan Panel Kaca iPhone XS Boleh Mencecah RM2500 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kos Menggantikan Kerosakan Panel Kaca iPhone XS Boleh Mencecah RM2500

iPhone XS dan XS Max mula dijual di beberapa pasaran dunia hari ini. Seperti biasa Apple akan terus memaparkan kos melakukan baik pulih ke atas peranti mereka sejurus selepas ia dipasarkan. Bagi mereka yang mempunyai hajat untuk memiliki iPhone terkini ini, kami menyarankan anda membeli kerangka tahan lasak kerana kos menggantikan panel kaca yang pecah adalah amat tinggi.

Menurut senarai rasmi Apple, kos menggantikan skrin hadapan iPhone XS ialah $279 (~RM 1154) manakala kos menggantikan panel belakang pula ialah $549  (~RM 2271). Ini ialah kos yang sama seperti iPhone X sebelum ini. Kos menggantikan skrin iPhone XS Max pula ialah $329 (~RM 1361) manakala kos menggantikan panel belakang pula ialah $599 (~RM 2478).

Ini ialah harga untuk Amerika Syarikat dan biasanya akan menjadi lebih tinggi di Malaysia. Berhati-hatilah menggunakan iPhone XS kerana kos alat ganti setanding dengan harga peranti Android kelas pertengahan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MxGN5f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.