Razer Phone 2 Akan Dilancarkan Pada 10 Oktober
Razer Phone memulakan semula trend telefon pintar untuk permainan video enam tahun selepas kegagalan Sony Ericsson Xperia Play. Kombinasi pemproses yang pantas, audio stereo yang padu serta skrin 120Hz menjadikannya peranti yang mampu memainkan permua pada tetapan terbaik. Selepas setahun di pasaran, kini tiba masanya untuk model kemaskini Razer Phone 2.
Razer telahpun mengesahkan peranti ini akan dilancarkan pada 10 Oktober 2018 menerusi jemputan yang mula dihantar. Gambar yang dihantar mempunyai rekaan bingkai Razer Phone 2 yang sedikit sebanyak mengesahkan imej peranti yang tertiris sebelum ini. Nampaknya Razer akan mengekalkan penggunaan skrin 16:9 dengan bahagian dagu serta dahi yang besar. Ini juga bermakna sistem audio stereo pada bahagian hadapan akan turut dikekalkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xh8Xf9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment