Skrin iPhone XS Dihasilkan Oleh Samsung Dan LG
iPhone XS dan XS Max kedua-duanya menggunakan skrin OLED seperti pada iPhone X. Tahun lalu harga skrin OLED yang dihasilkan oleh Samsung adalah alasan yang diberikan oleh Apple mengapa iPhone X dijual pada harga yang tinggi berbanding iPhone terdahulu. Menurut laporan Korea Herald, pada iPhone XS skrin dari Samsung dan LG digunakan.
Apple dipercayai memesan 50% skrin dari Samsung dan selebihnya dari LG. Ini bagi mengurangkan pergantungan kepada pesaing terbesar mereka dan juga membolehkan harga ditawar di masa hadapan. Ia turut mengurangkan sebarang masalah pengilangan jika salah satu dari pembekal skrin gagal menghasilkan peranti. Dengan laporan ini ura-ura iPhone akan menggunakan skrin OLED dari Samsung dan LG akhirnya menjadi benar selepas pertama kali kami melaporkannya pada tahun 2015.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xdgagR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment