7 kesilapan ‘gila’ pelabur hartanah newbie buat
Pelaburan apa pun, pasti ada perkara yang wajib elak kalau tak nak rugi.
Tak kira sama ada beli rumah untuk jana keuntungan bila jual balik atau nak jana untung sewa, pelaburan hartanah adalah pelaburan terbaik yang korang boleh buat.
Cuma, ada benda yang tak patut korang buat kalau nak capai semua tu.
Bukan setakat pelabur baru je, malah pelabur lama pun ada jugak yang terlepas pandang perkara ni.
Tu sebab, Tok nak kongsikan ilmu ni supaya kita semua boleh beringat sama-sama. Jemput hadam.
#1: “Alamak, wajib ke merancang sebelum mula melabur?”
Ini kesilapan paling besar dalam dunia pelaburan hartanah – tak buat sebarang planning (perancangan).
Kalau tak merancang awal-awal, bermakna korang merancang untuk gagal. Mohon pasak nasihat elok ni dalam minda kita semua. Itu pun, kalau korang serius tak nak rugi la.
Sebelum cari mana-mana hartanah, korang wajib merancang terlebih dulu.
Dah tahu nak buat apa, baru boleh mula mencari. Walaupun korang dapat beli pada harga yang murah (below market value) tanpa sebarang pelan tindakan, pun tak guna jugak.
Antara soalan yang korang kena jawab sebelum mula mencari hartanah seperti:
- Apa aku nak buat dengan hartanah ini. Nak buat untung melalui capital appreciation (kenaikan nilai), atau untung sewa?
- Apa strategi yang patut korang guna untuk capai 2 objektif kat atas tadi?
- Apa exit plan (pelan keluar) kalau tersilap beli hartanah yang tak buat untung?
Tok pesan sekali lagi:
“Sebelum mencari hartanah pelaburan, rancang dan cipta strategi. Bukan dah beli, baru kelam-kabut nak buat semua ini.”
#2: Nak cepat kaya? Pelaburan ini, tak sesuai untuk anda
Dalam apa jenis pelaburan pun, akan ada risiko yang terlibat. Ada risiko yang boleh kita kawal, dan ada yang kita tak boleh kawal.
Ramai memilih pelaburan hartanah, sebab ini antara jenis pelaburan yang boleh dikawal dengan data.
Mana nak dapat data ni? Korang kena rajin mengkaji transaksi hartanah dan sebagainya.
Lagi satu, nak jana keuntungan melalui pelaburan hartanah, kena laburkan satu lagi perkara – masa. Ini satu perkara yang bukan semua orang sanggup buat.
Kalau korang jenis yang ada mindset nak buat ‘duit mudah’ dan untung cepat, ini bukan pelaburan yang patut korang buat.
#3: Tak ada rangkaian (networking) yang betul
Nak berjaya dalam pelaburan ini? Korang wajib bina tim atau rangkaian yang baik.
Korang boleh mulakan dengan membina rangkaian yang merangkumi daripada paling kurang, seorang:
- Ejen hartanah,
- Penilai hartanah (valuer), dan
- Pegawai gadai janji (mortgage officer).
Korang jugak boleh bina rangkaian dengan pelabur hartanah lain untuk mendapatkan pandangan dan juga berita terkini tentang pasaran hartanah semasa.
#4: Terlebih bayar semasa membeli hartanah
Dalam pelaburan hartanah, penting untuk kita tahu entry price (kos masuk) sebelum membeli.
Ingat tak, Tok penah sebut ayat dekat bawah ni berulang-kali:
“Korang buat untung semasa membeli, bukan semasa menjual semata-mata”
Sebab ada kes yang kos masuk terlalu mahal, tapi akhirnya hartanah tu tak menikmati sebarang kenaikan nilai (capital appareciation) dan juga susah disewakan. Macam mana nak buat untung kalau jadi macam ni?
Tak ada sesiapa pun suka bayar harga yang terlampau mahal untuk sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam bab membeli hartanah pelaburan.
#5: Anda tak buat ‘kerja rumah’ sebelum melabur
Katakan, korang bekerja sebagai seorang doktor pakar jantung.
Kalau nak jelaskan secara mudah, korang takkan jadi seorang pakar bedah jantung tanpa latihan dan pendidikan dalam bidang ini. Betul?
Sama jugak dengan pelaburan hartanah. Korang takkan senang-senang jadi seorang pelabur hartanah yang power kalau tak belajar, mengkaji dan membaca.
Dalam apa juga bidang yang korang ceburi, perkara paling penting adalah ilmu. Kalau tak ada ilmu, bermakna korang sedang mencari nahas.
Ingat, pelaburan hartanah ada risiko yang tersendiri. Dan kalau terjadi sebarang perkara buruk, kewangan korang akan terkesan secara langsung. Sentiasa fikir masak-masak dulu sebelum buat sebarang tindakan.
#6: “Murah rumah ni. Kena beli laju-laju!”
Kebanyakan masa, pelabur hartanah takkan senang-senang lepaskan peluang bila dah jumpa hartanah pelaburan pada harga yang murah.
Dan ketika ni, ramai yang terlepas pandang perkara yang penting.
Sebab dikaburi dengan harga yang murah, mereka tak kaji harga transaksi hartanah sebenar di kawasan sekeliling, keadaan pasaran semasa, kadar pinjaman rumah semasa, dan sebagainya.
Akibatnya, mereka ‘terbayar’ harga yang lebih mahal daripada yang sepatutnya.
Awal-awal lagi, dah kena tanggung rugi. Itu tak termasuk lagi kalau hartanah tu perlukan kos baik pulih yang mahal.
#7: Salah bajet keupayaan kewangan diri sendiri
Kalau strategi korang adalah beli dan ‘pegang’ (hold) untuk dapatkan untung sewaan, korang wajib ada simpanan untuk tujuan ini.
Adalah perkara biasa kalau sesebuah hartanah tak dapat disewakan dalam satu jangka masa yang lama. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Jadi, adalah baik untuk korang sediakan pelan B untuk hadapi sebarang kemungkinan.
Paling kurang, korang kena sediakan simpanan back-up untuk tempoh 6 bulan. Kalau mampu, boleh je sediakan untuk tempoh masa setahun terus.
—
Lepas dah tahu 7 kesilapan ni, Tok yakin korang yang baca takkan ulang buat lagi kesilapan yang sama.
Pelaburan hartanah memang boleh buat untung. Tapi nak capai benda ni, bukan mudah. Macam-macam perkara yang korang kena buat.
Tapi kalau korang serius nak melabur, korang pasti sanggup hadapi semua ini. Bukan senang nak senang. Tak gitu?
The post 7 kesilapan ‘gila’ pelabur hartanah newbie buat appeared first on Gila Hartanah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RVfMfF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment