Google Digital Workshop 2018, Inisiatif Google Dalam Membangunkan Pendigitalan di Sarawak
Kini Google Malaysia telah tampil dengan inisiatif baharu iaitu platform Google Digital Workshop 2018, kepada perniagaan atas talian di negeri Sarawak. Gandingan kerjasama antara Google Business Group (GBG) dan iCube Innovation ini sekali gus membolehkan industri pendigitalan di Sarawak menjadi lebih terbuka dan meningkat.
Apa yang menariknya adalah platform ini mengalakkan peserta untuk menggunakan aplikasi percuma seperti Google My Business, Google Ads, dan Google Analytics yang mengandungi pelbagai alat pemasaran untuk membantu peserta mempersiapkan diri dengan pengetahuan pemasaran digital mereka.
Malcolm Wu – Pengurus Google Business Group Sarawak menyifatkan penganjuran platform ini sekali gus memberikan peluang kepada perniagaan pendigitalan di Sarawak kerana hampir keseluruh rakyat Malaysia menggunakan peranti pintar. Adanya platform terbaik ini dapat menjadikan perjalanan pendigitalan Sarawak lebih teratur serta berkembang dengan baik.
Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh Azzam Ramli – Pakar Pemasaran Google Malaysia, dia percaya bahawa kepentingan platform ini dapat membantu peserta untuk mencapai pasaran yang lebih luas dan secara tidak langsung menjadikan jenama mereka lebih mudah untuk ditemui di talian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AdORF2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment