Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Set Kotak TV Dengan Kamera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Set Kotak TV Dengan Kamera

Facebook baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah peranti khusus yang hadir dengan kamera dan skrin untuk memudahkan pengguna kekal berkomunikasi dan membuat panggilan video, dinamakan sebagai Portal.

Facebook Portal

Kini, laporan lanjut hadir mengatakan gergasi laman sosial berkenaan turut sedang membangunkan sebuah set kotak khusus dilengkapi kamera untuk memudahkan pengguna menghubungkannya ke kaca televisyen. Projek berkenaan dikenali dengan nama “Ripley” buat masa ini.

Melalui perkakasan ini, ia akan membolehkan pengguna menghubungkan set kotak berkenaan kepada televisyen – sekaligus membolehkan pengguna membuat panggilan video, selain mengikuti kandungan media melaluinya.

Mengikut laporan awal juga, Ripley ini dikatakan akan dibangunkan menggunakan sistem sama seperti Portal – sekaligus memperlihatkan ia akan menawarkan ciri lebih kurang sama memfokuskan panggilan video, selain mungkin turut hadir dengan fokus terhadap ciri Facebook Watch.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan melancarkannya. Sekiranya ia hadir ke pasaran, ia sekaligus akan bersaing dengan beberapa kotak set TV yang lain, termasuk Apple TV dan juga Mi Box.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RSZMuC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.