Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi Mix 3 Dijangka Menjadi Antara Peranti Terawal Dengan Sokongan 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi Mix 3 Dijangka Menjadi Antara Peranti Terawal Dengan Sokongan 5G

Xiaomi Mi Mix 3 5gXiaomi kini telah hadir dengan gambar acah baru khusus memfokuskan peranti baru yang bakal dilancarkan mereka pada penghujung bulan ini, iaitu Xiaomi Mi Mix 3. Melalui gambar acah terbaru, Xiaomi turut menyertakan label, mengatakan ia sebagai telefon pintar 5G pertama secara komersil.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi modem apakah yang akan digunakan pada Xiaomi Mi Mix 3 ini memandangkan modem untuk 5G masih tidak ditawarkan secara meluas. Sekiranya ia menggunakan Snapdragon 845, ia akan menjadi persoalan apakah cip modem yang akan digunakan oleh Xiaomi.

Tetapi, pada masa yang sama juga, mungkin Xiaomi sekadar memperlihatkannya terlebih dahulu dan akan membuat penawaran kepada umum pada kemudian hari. Pengeluar dari China berkenaan sendiri sebelum ini telah mempertontonkan ujian 5G pada Xiaomi Mi Mix 3.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 25 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J5EMgs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.