AmBank Memperkenalkan Pembantu Digital Maya Tersendiri Untuk Urusan Perbankan – AMY
Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih, pelbagai pihak melihat kepada penggunaan pembantu digital maya dalam melakukan beberapa urusan. Terkini, AmBank, salah satu bank tempatan turut memperkenalkan pembantu digital maya mereka tersendiri dinamakan AMY.
AMY ditawarkan melalui aplikasi mudah-alih AmOnline di Android dan iOS. Melaluinya, pengguna boleh melakukan beberapa tugasan asas dengan mudah dan pantas berbanding sebelumnya.
Buat masa ini, AMY lebih memfokuskan kepada memudahkan urusan kad kredit anda di AmBank. Antara perkara yang dipermudahkan adalah termasuk menguruskan kad anda seperti melihat maklumat, mengaktifkan kad, meningkatkan had perbelanjaan, ataupun membuat laporan kehilangan. Pengguna juga turut boleh membuat permohonan kad baru menggunakan AMY.
AMY juga kini berfungsi melalui bentuk sembang dengan pilihan yang telah tersedia – lebih kurang sama seperti yang dilakukan CIMB melalui CIMB EVA.
Bagi anda yang menggunakan AmBank, anda boleh mencuba AMY ini melalui aplikasi Android dan iOS anda. AmBank mengatakan bakal menambah pelbagai ciri-ciri baru pada pembantu digital maya ini pada masa akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DcwKlJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment