Hi! Welcome Back and Stay Tune! TYPI Ialah Papan Kekunci Mekanikal Dengan Rekaan Yang Unik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TYPI Ialah Papan Kekunci Mekanikal Dengan Rekaan Yang Unik

Rekaan susunan butang pada papan kekunci tidak banyak berubah sejak ia mula digunakan pada mesin taip lebih seratus tahun yang lalu. Kedudukan butang adalah berdasarkan penggunaan penaip dan memastikan palang tidak berlanggar antara satu lain. Walaupun mesin taip sudah semakin pupus susuan kuno ini masih dikekalkan.

TYPI ialah papan kekunci yang menyusun semula kedudukan butang bagi membuatkannya lebih sesuai untuk pengguna zaman moden. Empat butang anak panah diubah ke bahagian kiri papan kekunci. Menurut pereka TYPI ini adalah kerana ini mengurangkan keperluan tangan kanan meninggal tetikus semata-mata untuk menekan butang-butang tersebut. Dua buang backspace turut disertakan dengan satu pada sebelah kanan butang spacebar. Butang nombor, Function dan Windows juga telah dialihkan. Secara keseluruhan terdapat 114 butang kekunci pada TYPI.

Selain itu TYPI menggunakan suis Cherry MX (Brown, Blue, Red, Black) dengan sokongan lampu bagi memudahkan proses menaip dalam keadaan gelap. Ruang kosong di bahagian tengah adalah bagi membolehkan sebuah telefon pintar atau tablet diletakkan ketika menaip menggunakan tambatan Bluetooth. Masih terdapat sokongan kabel USB-C untuk TYPI digunakan pada komputer PC atau Mac.

Papan kekunci TYPI sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama Kickstarter. Ia boleh ditempah pada harga bermula dari HK$1166 (~RM 621) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zesIoA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.