Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mempunyai 1.5 Bilion Pengguna Sistem Operasi Windows Di Seluruh Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mempunyai 1.5 Bilion Pengguna Sistem Operasi Windows Di Seluruh Dunia

Tidak dinafikan bahawa sistem operasi Microsoft Windows ialah sistem operasi komputer yang paling popular di dunia. Baru-baru ini, Microsoft telah hadir dengan sebuah laman infografik Microsoft By The Numbers yang menunjukkan pelbagai butiran mengenai syarikat Microsoft dan juga pelbagai produk dibawah jenama tersebut, terutamanya sistem operasi Windows.

Di laman web tersebut, Microsoft mengatakan bahawa terdapat 1.5 bilion pengguna sistem operasi Windows di seluruh dunia. Akan tetapi, Microsoft tidak menunjukkan pecahan pengguna sistem operasi Windows, samada mereka menggunakan Windows 10, 7, Vista ataupun XP.

Laman web Microsoft By The Numbers ini juga menunjukkan beberapa butiran menarik mengenai syarikat tersebut, seperti bilik kedap bunyi paling senyap di dunia mereka yang mempunyai tahap bunyi -20.6 desibel yang memenangi anugerah Guinness Record.

Selain dari itu, mereka mempunyai sebuah pusat pembinaan peralatan kuantum yang dikatakan 200 kali lebih sejuk daripada angkasa lepas untuk memastikan komponen-komponen tersebut disejukkan dengan sempurna.

Microsoft juga sedang menguji aplikasi Seeing AI mereka yang kini membantu 10 juta pengguna yang rabun teruk untuk mengimbas kod bar produk di pasaraya dan juga teks di dalam buku dan surat khabar untuk memudahkan pengguna membaca.

Terdapat pelbagai maklumat menarik yang lain di laman web Microsoft By The Numbers ini, dan jika anda berminat untuk mempelajari lagi mengenai syarikat teknologi tersebut, anda boleh layarinya sekarang.

Layari laman web Microsoft By The Numbers



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OjQy80

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.