Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Linux Kini Boleh Memainkan Lebih Dari 2600 Permainan Komputer Di Steam Melalui ProtonDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Linux Kini Boleh Memainkan Lebih Dari 2600 Permainan Komputer Di Steam Melalui ProtonDB

Salah satu masalah yang sering membelenggu para pengguna sistem operasi Linux ialah sokongan untuk permainan komputer, yang biasanya direka untuk platform Microsoft Windows sahaja.

Dua bulan lalu, sebuah projek yang dinamakan Proton telah dibangunkan, yang menjanjikan kebolehan untuk para pengguna sistem operasi tersebut memainkan permainan komputer pada sistem operasi tersebut.

Kini, nampaknya projek Proton ini sudahpun hadir dengan sejumlah besar permainan komputer yang boleh dimainkan oleh pengguna sistem operasi Linux melalui aplikasi tersebut dan juga Steam Play. Pada waktu penulisan, sejumlah 2600 permainan boleh dimainkan, termasuk Grand Theft Auto V, Elder Scrolls: Skyrim, The Witcher 3, Wolfenstein: The New Order dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik lagi ialah prestasi permainan-permainan ini di sistem operasi Linux tidaklah begitu berbeza berbanding dengan apabila ia dimainkan di sistem operasi Windows.

Pihak pengendali projek Proton ini juga menyatakan bahawa mereka akan terus menambahkan jumlah permainan yang boleh dimainkan oleh pengguna Linux, dan memperbaiki mutu permainan komputer yang sudahpun boleh dimainkan sekarang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2COarBY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.