Hi! Welcome Back and Stay Tune! Salwa Dedah Punca Suara Zamani Rabak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Salwa Dedah Punca Suara Zamani Rabak

Salwa Dedah Punca Suara Zamani Rabak


Penyanyi Salwa Abdul Rahman mendedahkan punca Zamani berdepan masalah peti suara pada konsert GV5 malam tadi disebabkan pemakanan.

Kata Salwa, 52, asam jeruk yang mengandungi cuka menjadi penyebab Zamani gagal melantunkan vokal untuk lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

“Syukurlah Zamani masih berada di GV. Go Zamani go!

“Lain kali jangan makan asam jeruk yang ada cuka! Aduh! Rabak suara,” tulisnya di Instagram.

Malah, kongsi Salwa, Zamani mengambil makanan terbabit dalam kuantiti yang banyak.

“Tanya teman-teman di GV, caterer itu ada sediakan jeruk tu. Zamani makan banyak!

“Sedap kan… Yang ada cuka. Rabak suara!” katanya yang prihatin dengan nasib dan keadaan Zamani.

Salwa turut berkongsi sepotong video Zamani menyanyikan lagu yang sama sepatutnya dinyanyikan malam tadi ketika di sebuah acara sebelum ini.

Video milik asal pembantu peribadi Zamani itu menyaksikan Zamani menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.

Zamani kecundang pada konsert kelima GV5 malam tadi namun telah diselamatkan oleh penaja utama, Datuk Seri Aliff Syukri daripada tersingir.


Dalam perkembangan sama, Zamani bakal menyanyikan lagu Hapus Aku (Nidji) untuk konsert keenam minggu hadapan selepas diumumkan menerusi GV Live Plus malam tadi.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

The post Salwa Dedah Punca Suara Zamani Rabak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zbjBVD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.