Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buku Teks Digital akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buku Teks Digital akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan

Dengan perkembangan arena digital, suatu perkara yang boleh dikatakan dijangkakan ramai, dimana bidang pendidikan turut mengimplementasikan penggunaan teknologi dan kandungan digital dalam pembelajaran. Terkini, ia diumumkan yang mana sekolah akan mula mengimplementasikan penggunaan buku teks digital di sekolah bermula tahun hadapan.

Untuk peringkat permulaan, buku teks digital ini akan ditawarkan dalam format PDF terlebih dahulu – sekaligus membolehkan pelajar mengaksesnya dan membacanya menggunakan peranti mereka. Bergerak kehadapan, dalam beberapa tahun lagi, buku teks digital dan interaktif akan diperkenalkan – sekaligus membolehkan pelajar melakukan input dan sebagainya.

Pengenalan buku teks digital ini akan diperkenalkan di sekolah menengah terlebih dahulu. Penggunaannya di sekolah rendah masih sedang dikaji lagi buat masa ini.

Pada masa yang sama, ia ditekankan yang mana ibu bapa tidak akan perlu menanggung kos buku teks digital ini, kerana ia akan menggunakan beberapa perkara yang sedia ada – termasuk penggunaan Chromebook di sekolah, dan akses internet yang ditawarkan di sekolah.

Untuk peringkat permulaan, sebanyak 313 buku teks akan ditawarkan dalam bentuk digital – melalui laman 1BestariNet untuk pelajar. Walaupun ditawarkan dalam bentuk digital, untuk peringkat permulaan ia turut akan ditawarkan dalam pilihan bercetak seperti biasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2So8KR0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.