Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh artis fed up lagu sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh artis fed up lagu sendiri

Tujuh artis fed up lagu sendiri


MAESTRO muzik, Datuk Ramli MS, beberapa tahun lalu pernah memberitahu, tiket untuk seorang penyanyi itu ‘hidup’ adalah lagu yang popular.

Penyanyi-penyanyi antarabangsa yang disenaraikan di bawah kesemuanya mempunyai lagu yang bukan sahaja popular, tetapi menjadi trademark mereka.

Ironinya, mereka pula tidak suka, malah ada yang membenci lagu-lagu popular itu. Pelik, tetapi benar.

1. Celine Dion – My Heart Will Go On

Mungkin antara lagu paling popular dalam arena muzik antarabangsa, namun Dion tidak menyukainya. Dion hanya merakam lagu itu sebagai versi demo selepas dipujuk suaminya untuk melakukannya. Versi yang kita semua dengar adalah versi demo, dan versi itulah yang digunakan sehingga hari ini kerana Dion enggan merakamkan lagu itu semula.

“Lagu yang indah, tetapi entah kenapa saya tidak menyukainya,” kata Dion dalam satu temuramah selepas lagu itu diterbitkan.

2. Mariah Carey – Hero


Hero merupakan antara lagu terawal yang memperkenalkan Carey sebagai penyanyi wanita terbaik, namun lagu itu sebenarnya ditulis Carey untuk penyanyi Gloria Estefan. Carey enggan menyanyikan lagu itu sendiri kerana pada pendapatnya, lagu itu “bukan dirinya”. Carey akhirnya merakam lagu itu selepas menerima gesaan daripada syarikat rakamannya.

“Tetapi kini saya suka lagu itu kerana ia memberi inspirasi kepada peminat-peminat saya,” kata Carey dalam temuramah bersama portal Digital Spy.

3. Avril Lavigne – Complicated

Lavigne diperkenalkan ke dunia hiburan menerusi lagu ini, tetapi tuan punya badan sangat jelak dengan lagu ini.

“Saya terpaksa menyanyikan lagu ini kerana ia lagu saya yang paling popular. Hakikatnya, saya sanggup buat apa saja untuk tidak menyanyikannya,” kata Avril.

4. Selena Gomez – Come & Get It

Biarpun ia merupakan single pertama daripada albumnya Stars Dance, Gomez sebenarnya tidak suka lagu itu dan menyifatkan ia “kedengaran seperti lagu untuk Rihanna yang kena reject“.

5. Britney Spears – Sometimes

Spears pernah berpura-pura terlupa menyanyikan lagu ini dalam satu konsert pada tahun 2004, memaksa peminat mengingatkannya untuk berbuat demikian. Reaksi Spears ketika itu?

“Oh Tuhan, saya tak suka lagu itu.”

6. Madonna – Like A Virgin

Lagu ini mungkin antara lagu dengan pembayaran royalti paling tinggi di dunia, tetapi penyanyinya sudah tidak sanggup menyanyikannya. Dalam satu persembahan, ketika diminta menyampaikan lagu tersebut, Madonna dilaporkan berkata, “Bayar AS$30 juta, baru saya akan nyanyi lagu itu. Saya sudah tidak sanggup”.

7. Mandy Moore – Candy, I Wanna Be With You, In My Pocket

Lebih dikenali sebagai aktres, mungkin ada yang terlupa Moore memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada era yang sama dengan Britney Spears dan Christina Aguilera. Moore bagaimanapun mahu melupakan dua album terawal yang dirakamkannya, yang mengandungi hits seperti Candy dan I Wanna Be With You.

“Kalaulah saya mampu, saya akan pulangkan duit semua peminat yang beli dua album itu,” kata Moore seperti dipetik dalam majalah Glamour.

The post Tujuh artis fed up lagu sendiri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jk0UDO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.