Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jatuh dalam lombong, terpaksa bergelut tiga ular berbisa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jatuh dalam lombong, terpaksa bergelut tiga ular berbisa

Jatuh dalam lombong, terpaksa bergelut tiga ular berbisa
John ditemui dilombong Aguila, Arizona.
AGUILA - ARIZONA. Terpaksa bergelut dengan tiga ekor ular berbisa antara pengalaman ngeri yang perlu dilalui oleh seorang warga emas ketika terperangkap di dalam lombong pada ke dalaman 30 meter.
John Waddel, 62, perlu melalui pengalaman itu selama dua hari di Aguila, Arizona.

Memetik laporan Fox News, dia mengalami kecederaan patah di bahagian kaki setelah terjatuh hingga tidak mampu memanjat semula bagi menyelamatkan diri.

Rakannya Terry Schrader memberitahu, dia telah membuat perjanjian sebelum pergi ke kawasan lombong yang menjurus kepada penemuan John.
"Dia hubungi saya pada Ahad dan berkata akan kembali dari lombong pada Selasa lalu. Jika dia tidak pulang, dia suruh saya cari di sana. Kami selalu berjanji seperti itu.

"Ternyata dia tidak pulang pada Selasa. Jadi saya pergi ke sana pada Rabu sebelum mendengar suaranya sedang meminta pertolongan," katanya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengeluarkan lelaki tersebut.

Selain patah kaki, John turut mengalami kekurangan air dalam badan.
Bercerita lanjut mengenai pengalamannya, John berkata dia terpaksa membunuh tiga ekor ular berbisa sewaktu berada di dalam lombong.
Kini dia ditempatkan di hospital dan sedang berehat dari kecederaan yang dialami. - FoxNews



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PFYdPe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.