Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memperlihatkan Pelbagai Jenis Sensor Dalam Skrin Untuk Peranti Bebas Takuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memperlihatkan Pelbagai Jenis Sensor Dalam Skrin Untuk Peranti Bebas Takuk

Banyak pengeluar peranti sekarang meneruskan trend dengan menggunakan rekaan skrin bertakuk. Tetapi jenama seperti Samsung atau Sony masih tidak mengikuti trend ini. Terbaru, Samsung telah memperlihatkan sensor terbina dalam skrin – termasuk pembesar suara dan kamera. Jadi dengan sensor ini, tiada takuk diperlukan dan Samsung berkemungkinan besar tidak akan menggunakan takuk.

Sensor unik Samsung ini telah diperlihatkan oleh Samsung Display dalam acara ‘AMOLED Forum‘ yang dihadiri oleh 20 orang terpilih di China. Antara sensor yang diperlihatkan adalah pengimbas cap jari dalam skrin, teknologi suara dalam skrin, sensor sesentuh sensitif dan juga sensor kamera terbina.

Dengan teknologi ini, skrin peranti Samsung kelak akan menjadi lutsinar apabila sensor-sensor ini aktif dan digunakan dan juga akan kembali kepada keadaan biasa jika tidak digunakan. Kelak di masa hadapan kita mungkin akan lihat peranti Samsung hadir tanpa bingkai, rekaan luncur dan juga tanpa takuk.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2R0KB1u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.