Hi! Welcome Back and Stay Tune! [UPDATE] Mangsa digilis bas ekspres meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[UPDATE] Mangsa digilis bas ekspres meninggal dunia

[UPDATE] Mangsa digilis bas ekspres meninggal dunia. WANITA warga emas yang digilis bas ekspres di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di Johor Bahru meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) jam 7.50 malam hari ini.


[UPDATE] Mangsa digilis bas ekspres meninggal dunia


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa Er Shok Siew, 80, meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas terbabit dalam kemalangan di terminal pengangkutan awam berkenaan jam 1 tengah hari.

Katanya, dalam kejadian itu kedua-dua kaki mangsa yang berasal dari Taman Bandar, Batu Pahat digilis bas ekspres terbabit.

“Kejadian pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) akta sama.

“Pemandu bas ekspres berusia 62 tahun akan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NLnMg9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.