babahu X1 Adalah Berus Gigi Bebas Tangan Dengan Kecerdasan Buatan Terbina
Bangun Pagi Gosok Gigi, Cuci Muka Terus Mandi,.. Lagu ini pasti didengari pada zaman kanak-kanal dulu, atau adalah anda masih nyanyikan lagu ini untuk anak-anak anda? Menggosok gigi sebaik sahaja bangun pagi adalah satu aktiviti penting bagi ramai orang. Kini, menggosok gigi semakin mudah – kerana wujudnya ‘babahu X1‘. ‘babahu X1’ adalah berus gigi bebas tangan dengan kecerdasan buatan terbina.
Bebrbeza dengan banyak berus gigi elektrik lain, ‘babahu X1‘ menggunakan kecerdasan buatan untuk memberus gigi dengan lebih efektif. Teknik memberus gigi yang digunakan oleh ‘babahu X1’ adalah teknik ‘Bass‘ dan berus gigi ini hanya perlu diletak dalam mulut dan tangan si pengguna bebab melakukan tugas lain seperti mencukur atau sikat rambut.
Bulu pada berus gigi ini adalah jenis 6D dan bahagian atas berus ini adalah gel silika gred perubatan yang dibentuk secara 300 darjah Celcius. Ia boleh memberus gigi pada sudut 45-darjah, kemudian motor berus gigi ini adalah jenis motor sonik magnet terapung dengan gegaran berfrekuensi 18000 – 40000 rpm. Untuk pengecasan, ia menggunakan pengecas nirwayar dan satu kali cas mampu digunakan selama tiga kali.
Bagi yang berminat untuk dapatkan ‘babahu X1‘, ia kini berada di laman biayasama Indiegogo pada harga $99 (~RM415) untuk versi dewasa dan $89 (~RM373) untuk versi kanak-kanak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2S92AmF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment