Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Selangor Ingin Memperuntukkan RM400,000 Untuk E-Sukan Pada 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Selangor Ingin Memperuntukkan RM400,000 Untuk E-Sukan Pada 2019

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan 2019 untuk negeri berkenaan, dimana melaluinya mereka menyentuh sejumlah pembangunan menarik, termasuk berkaitan e-sukan.

Menyentuh mengenai arena e-sukan, Selangor Cyber Games telah diadakan sejak 2014 yang lepas – sekaligus menjadikan Selangor antara peneraju dalam arena berkenaan. Sejak pengenalannya 2014 lepas, ia telah melihat perkembangan positif, dan pada 2018 ini sahaja Selangor Cyber Games telah menawarkan hadiah berjumlah RM250,000.

ESukan Selangor

Untuk tahun 2019 kelak, Selangor memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk pembangunan dan penganjuran e-sukan, selain pada masa yang sama menyasarkan peruntukkan sebanyak RM1 juta daripada kerajaan persekutuan bagi melonjakkan lagi arena berkenaan.

Pengumuman terbaru ini juga selari dengan pengumuman kerajaan persekutuan sebelum ini yang ingin memperkembangkan arena berkenaan dan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan permainan video melalui MDeC.

Dengan komitmen pelbagai pihak untuk arena e-sukan, kita mungkin akan dapat melihat perkembangan sihat arena berkenaan di Malaysia pada 2019 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DGFT5h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.