Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rantau Otak Baharu Ditemui Yang Membezakan Manusia Dengan Haiwan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rantau Otak Baharu Ditemui Yang Membezakan Manusia Dengan Haiwan

Otak manusia mempunyai puluhan rantau berbeza yang bertanggungjawab mengawal fungsi tubuh. Bagi insan biasa yang pernah mempelajari sains di sekolah, anda mungkin tahu empat bahagian utama iaitu Cerebrum, Cerebellum dan tangkai otak. Ini kemudian dibahagikan lagi kepada rantau-rantau kecil seperti kawasan DUN pilihanraya.

Kini sebuah lagi rantai otak telah dikenalpasti dan ia mungkin antara sebab mengapa manusia berbeza dengan haiwan lain. Rantau Endorestiform Nucleus ditemui oleh Professor George Paxinos yang merupakan seorang pakar pemetaan otak di Neuroscience Research Australia (NeuRA). Ia terletak di dalam Inferior cerebellar peduncle dan dipercayai bertanggungjawab mengawal pergerakan motor halus manusia. Penemuan rantau ini diharap dapat membantu kajian ke atas penyakit Parkinson dan neuron motor.

Menurut Professor Paxinos lagi, rantau ini tidak ditemui pada haiwan lain yang pernah dikaji beliau seperti monyet. Ini mungkin antara membuatkan manusia unik berbanding haiwan selain saiz otak yang lebih besar. Bagi mengesahkan hipotesis ini, beliau akan memulakan pencarian Endorestiform Nucleus pada chimpanzi pula.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QmjQId

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.