Xiaomi Hadir Dengan Beg Galas Kulit Baharu – 90 Point Lecturer Backpack
Syarikat dari China kini kelihatan berlawan antara satu sama lain dengan produk bukan telefon pintar. Contoh adalah Xiaomi dan OnePlus, baru-baru ini OnePlus hadir dengan beg untuk tujuan pelancongan terbaru mereka ‘OnePlus Explorer Backpack‘. Kini, Xiaomi hadir dengan beg galas terbaru ‘90 Point Lecturer Backpack‘.
Beg galas Xiaomi terbaru ini adalah satu beg yang premium. Ia diperbuat dari kulit lembu, mempunyai kapasiti 18L, jisim yang hanya 1.12KG, mempunyai banyak poket dan ruang serta boleh muat komputer riba 15-inci. Menurut Xiaomi, ‘90 Point Lecturer Backpack‘ mampu tahan lama dan tahan koyak walaupun sudah terjatuh banyak kali. Untuk perlindungan lain, ia turut mempunyai lapisan kalis air.
Terdapat tiga pilihan warna iaitu gabungan Biru Laut/Putih, Hitam dan gabungan Kelabu/Biru. Disebabkan beg ini adalah satu beg galas yang premium, harganya sedikit mahal berbanding beg galas Xiaomi 90 Point yang lain. Harga yang Xiaomi tawarkan melalui laman biayasama Youpin adalah RMB599 iaitu sekitar RM362.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PLVjwy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment