Google Tidak Boleh Membaiki Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Yang Pecah Buat Masa Ini
Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL adalah peranti pertama Google yang keseluruhan panel belakangnya adalah kaca. Kemasannya adalah kemasan dua tona yang satu licin dan satu lagi kesat. Masalah Pixel 3 XL dan Pixel 3 ini bukan sahaja dari segi perisian, tetapi juga dari segi perkakasan dan sokongan. Kenapa?
Sehingga hari ini, sudah pun satu bulan umur Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Google masih tidak boleh membaiki kedua-dua peranti Pixel ini. Ini kerana masih tiada lagi alat gantian buat peranti terbaru Google ini. Ya, walaupun Google sudah mempunyai pusat baiki sendiri dan juga banyak kedai baiki rasmi atas kerjasama dengan banyak pakar-pakar lain – tetapi mereka hanya boleh membaiki Pixel 2016 dan Pixel 2 sahaja.
Jadi, bukan sahaja jika Pixel 3/Pixel 3 XL pecah tidak boleh diganti. Tetapi apa jua masalah Pixel 3 sehingga kini masih tidak boleh dibaiki sehingga Google mula memaklumkan dan mula menyokongnya. Cadangan saya, sebagai pengguna Pixel 3 XL – penggunaan pelekat vinil untuk melindungi panel kaca adalah yang terbaik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DbiAjV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment