Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lazada Menyatakan Komitmen Dalam Memperkasakan Ekosistem e-Dagang Dikalangan PKS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lazada Menyatakan Komitmen Dalam Memperkasakan Ekosistem e-Dagang Dikalangan PKS

Lazada Malaysia kini berkomitmen tinggi dalam membantu ekosistem e-dagang dikalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menerajui pelbagai peluang dalam industri teknologi serta logistik. Dengan kerjasama Universiti Taobao Alibaba, Lazada telah melancarkan LazStar Academy yang memberikan panduan kepada pengusaha berhubung perniagaan dalam e-dagang. Perihal ini memberikan manfaat kepada ekosistem tersebut yang terdiri daripada penjual, pengguna dan masyarakat tempatan.

Menerusi alternatif ini, penyediaan bantuan kepada PKS diberikan bagi menyokong pendigitalan perniagaan pengusaha untuk meningkatkan lagi akses, jenama barangan, dan rangkaian mereka dalam pasaran e-Dagang secara meluas. Melalui sokongan ini, Lazada percaya pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih mampan dan dapat dipertingkatkan dalam tempoh jangka panjang.

Bersama panel perbincangan, Christophe LejeuneKetua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, menyifatkan, PKS mempunyai peranan penting dalam ekonomi negara. Menerusi kepentingan tersebut, Lazada berkomited dalam mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif kepada pengusaha dengan memperkasakan lagi teknologi, rangkaian dan keupayaan logistik mereka melalui platform e-Dagang.

Manakala Simon Baptist – Ketua Ahli Ekonomi Global dan Pengarah Urusan, Unit Perisikan Ekonomi (EIU) Asia pula menyatakan bagi meningkatkan perkembangan e-dagang di Malaysia, pelaburan yang tinggi juga perlu dipertingkatkan lagi. Kenyataan ini dilihat pada paksi ekonomi negara, dimana majoriti besar perniagaan Malaysia adalah PKS dan hanya 32% sahaja yang menggunakan e-Dagang sebagai platform mereka. Bagi meningkatkan kesedaran ini, sebuah Memorandum Persefahaman (MoA) telah ditandatangani oleh peneraju e-Dagang bersama Universiti MAHSA untuk perkongsian strategik perniagaan dalam platform tersebut.

Bersempena Pesta Beli-belah 11.11 tidak lama lagi, Lazada ingin PKS memanfaatkan rangkaian logistik yang diberikan bagi memudahkan strategi pemasaran jenama pengusaha untuk menembusi pasaran global. Melalui itu, mereka menjangkakan dapat membangunkan seramai lapan juta usahawan e-Dagang dan PKS menjelang 2030 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RIYx0s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.