Kementerian Pendidikan Melancarkan Sistem e-Scroll Untuk Mengatasi Masalah Ijazah Palsu
Salah satu masalah yang dihadapi dalam pengeluaran sijil oleh universiti dan kolej adalah kehadiran sijil palsu oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab. Kini, dalam usaha mengatasinya, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan sistem e-scroll atau Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti.
Melalui pengenalan sistem ini, para pelajar akan menerima ijazah menggunakan kod khas sistem berkenaan. Sistem ini turut dikatakan menggunakan teknologi rantaian-blok bagi mengatasi masalah ijazah palsu. Sistem ini telah dibangunkan bersama oleh konsortium yang disertai enam universiti awam tempatan, dan diketuai oleh UIAM.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjadi universiti pertama yang menggunakan sistem e-Scroll ini pada Istiadat Konvokesyen yang akan diadakan esok.
Kementerian Pendidikan lancar Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) bagi mengatasi masalah ijazah palsu sekali gus memelihara dan menjaga kualiti pendidikan tinggi di negara ini pic.twitter.com/dEWdrxCYnE
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) November 9, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QAocbz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment