Saat Menangkap Ikan Di Sungai, Nelayan Ini Terkejut Temui Keris Purba Abad 18. Setelah Diselidik, Siapa Sangka Rupa-Rupanya..
INFORMASI
Sebuah keris peninggalan abad ke-18 ditemukan di sungai di Wales. Senj4ta tajam khas negara-negara Asia Tenggara itu ditemukan seorang nelayan yang tengah mencari ikan di sungai itu.
Andrew Davies, 30 tahun, terkejut dengan apa yang tersangkut pada jaringnya saat ia menjala di Sungai Towy, Carmarthen, Wales.
“Pada suatu malam saya bekerja dengan perahu coracle saya, jaring saya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut.
“Apabila melihat besi itu, saya betul-betul terkejut kerana menemui benda seumpama ini,” katanya seperti dilapor portal dailymail.co.uk.
Davies langsung menyerahkan benda temuannya itu kepada pihak berkuasa. Siasatan sedang dilakukan untuk melihat bagaimana keris itu ditemukan di Sungai Towy, dan sudah berapa lama berada di sana.
Temuan awal, para ahli pengkaji menduga bahawa keris itu berasal dari Asia, tepatnya dari Asia Tenggara namun belum dapat dipastikan negara mana pedang itu berasal. Hampir semua negara di Asia Tenggara menggunakan keris, namun ahli pengkaji percaya itu berasal dari Indonesia ataupun Malaysia.
Gavin Evans, kurator di muzium Carmarthenshire, mengatakan bahawa dia telah mengirim foto keris yang telah berkarat itu ke sebuah muzium di London namun belum mendapat respons dan jawapan pasti.
“Saya belum mendengar sesuatu dari muzium, tapi pedangnya berasal dari Asia, Asia Tenggara,” kata Evans.
Evans megatakan bahwa gagang keris itu terbuat dari kayu dengan diujungnya diukir kepala burung yang terbuat dari tulang serta beberapa tembaga diatasnya.
Keris terkenal dengan bilah bergelombang khasnya, meski ada juga yang lurus. Selain Indonesia, keris juga digunakan di Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina.
Keris ini memiliki cukup banyak hiasan di atasnya. Pegangannya terbuat dari kayu dan tampak terbuat dari tulang dan beberapa bahan tembaga.
“Saya menduga keris ini telah berada di bawah lumpur dan air dalam waktu sangat lama sehingga menjadi berkarat seperti ini.”
Keris wujud sejak kurun ke-3?
TIGA lok, tujuh lok hinggalah 99 lok, itulah antara identiti keris iaitu senj4ta yang begitu sinonim dengan orang Melayu.
Keunikannya menjadi lebih terserlah apabila setiap bilah keris yang dibawa melambangkan keperibadian dan boleh dilihat melalui bentuk pada bahagian kepala keris.
Lok mungkin berbentuk kepala harimau, belalai gajah, ular, cicak, kuda laut mahu pun naga. Setiap bentuk mempunyai perlambangan tertentu serta menunjukkan tanggungjawab yang dipikul oleh pemiliknya.
Namun, apakah keunikan senjata orang Melayu itu, sehinggakan sampai hari ini, keris terus menjadi lambang kegagahan dan identiti bangsa tertua di rantau Asia Tenggara.
Bagi mengenali keunikan keris, kita mestilah mengetahui sejarah kewujudan senj4ta itu terlebih dahulu. Satu makalah tulisan Mahyudin Al-Mudra terbitan Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara memberitahu, terdapat banyak teori tentang asal-usul kewujudan keris.
Teori pertama pernah ditemukan oleh G.B Gardner dalam bukunya, Keris and Other Malay Weap0n pada 1936.
Dalam buku itu, beliau menyatakan keris adalah senj4ta hasil daripada inovasi senj4ta tik4m zaman pra-sejarah yang diperbuat daripada tulang ikan pari.
Namun, teori tersebut telah dinafikan dalam catatan Harsinuksmo pada 2004 kerana teori Gardner didakwa banyak kelemahan dan bertentangan dengan tradisi pembuatan keris di Indonesia.
Teori kedua pula dikemukakan oleh Griffith Wilkens yang mendakwa keris adalah senj4ta yang wujud sejak kurun ke-14 hingga ke-15 sebagai inovasi daripada senjat4 tombak.
Alasannya, bentuk hujung tombak adalah pendek dan menyerupai bentuk keris, selain mudah dibawa dan ringan.
A. J. Barnet Kempers turut mengemukakan teorinya dengan menyatakan tradisi pembuatan keris di Nusantara dipengaruhi oleh kebudayaan perunggu dari Dongson, Vietnam pada kurun ke-3.
Catatan dalam makalah tersebut juga menyatakan keris mula wujud di Jawa sejak kurun ke-5 berdasarkan penemuan artifak berhampiran candi-candi di sana.
Malah, ukiran lukisan senj4ta tik4m dipanggil Keris Buda yang ditemukan di sana dianggap sebagai prototaip keris dan menjadi acuan keris yang ada pada hari ini, sekali gus mendakwanya sebagai keris pertama di nusantara.
Perkembangan penggunaan keris sehingga ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dapat dilihat menerusi pemerintahan Jawa yang berpindah ke Jawa Timur, kemudian kemunculan Kerajaan Majapahit pada kurun ke-13.
Makalah tulisan Mahyudin Al-Mudra yang merujuk kepada catatan Garret dan Solyom pada 1978 menyatakan, perkembangan dan perluasan kuasa oleh kerajaan di nusantara dahulu memberi pengaruh besar kepada penyebaran penggunaan keris sehingga ke kawasan seperti Malaysia, Brunei, Filipina dan Kemboja.
Sumber: utusan
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GjIVzI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment