Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Telah Disaman Kerana Pepijat FaceTime Yang Ditemui Semalam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Telah Disaman Kerana Pepijat FaceTime Yang Ditemui Semalam

Amerika Syarikat ialah negara yang cukup sinonim dengan tabiat saman menyaman. Terkini Apple baru sahaja disaman oleh Larry Williams II seorang peguam di Houston kerana pepijat privasi FacetTime yang kami laporkan semalam. Menurut beliau, perbualan rahsia antara beliau dan anak guam telah diintip kerana pepijat ini.

Nilai saman tidak ditetapkan tetapi plaintif menuduh Apple lalai dalam memastikan produk yang dihasilkan selamat untuk digunakan. Pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang telah difailkan. Pepijat pada FaceTime ini berlaku apabila mod panggilan berkumpulan digunakan. Pemanggil boleh mendengar audio dan menonton video pada peranti yang dipanggil tanpa ia diangkat terlebih dahulu.

Ini mendedahkan penerima panggilan kepada intipan tanpa disedari oleh mereka. Sebagai langkah sementara, fungsi FaceTime berkumpulan telah dinyahaktifkan oleh Apple.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Rq9DGW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.