Samsung Memulakan Pengeluaran Storan 1TB Berasaskan UFS 2.1 Untuk Telefon Pintar
Sekitar 4 tahun lepas, Samsung telah hadir dengan penawaran storan berasaskan UFS pertama, dimana ketika itu ia berkapasiti sekitar 128GB sahaja. Kini, dengan perkembangan arena teknologi, Samsung telah berjaya menghasilkan storan UFS 2.1 berkapasiti 1TB – dan hari ini mengumumkan mereka telah memulakan pengeluarannya.
Storan ini menawarkan sokongan pembacaan mencapai 1,000 megabait per saat, selain bacaan rawak pada kadar 58,000 IOPS. Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna merakamkan video dan gambar pada resolusi tinggi dengan mudah, selain tidak lagi perlu risau berkenaan saiz storan rakaman.
Pengumuman ini juga sekaligus memperlihatkan yang mana Samsung mungkin akan memperkenalkan Galaxy S10 dengan kapasiti storan 1TB kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Ti90AR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment