Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Pemotong Rumput Automatik Terra Diumumkan Oleh Pengeluar Roomba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Pemotong Rumput Automatik Terra Diumumkan Oleh Pengeluar Roomba

Syarikat iRobot terkenal kerana bertanggungjawab menghasilkan Roomba yang membersihkan lantai rumah secara automatik. Ia adalah robot yang perlu bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk memvakum di rumah kerana sibuk ataupun malas. iRobot hari ini mengumumkan Terra, robot yang boleh memotong rumput secara automatik.

Seperti Roomba, Terra secara automatik mengesan kawasan berumput di rumah dan memotongnya mengikut tetapan pengguna. Ini dilakukan menerusi sebuah aplikasi peranti pintar. Ia mampu beroperasi selama sejam dengan masa pengecasan semula semalam dua jam. Sekiranya ia hampir kehabisan bateri, Terra akan kembali ke dermaga pengecas secara automatik. Usai dicaj, ia akan kembali ke lokasi terakhir rumput dipotong bagi menyelesaikan tugas.

Tubuh Terrra adalah kalis air dan ia direka untuk diletakkan di luar rumah. Sisi getah disertakan bagi mengelakkan kerosakan apabila ia berlanggar serta pisau pemotong berspring yang melentur bagi mengelakkan ia dari patah jika terlanggar objek keras. Ujian Beta iRobot Terra akan ditawarkan di Jerman terlebih dahulu tetapi harga jualan masih belum diumumkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CRZ8qQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.