Realme Mendaftar Tanda Dagang ‘RealmeOS’ – Tidak Lagi Menggunakan ColorOS?
Walaupun Realme adalah syarikat tersendiri, ia masih lagi dikira sebagai sub-jenama Oppo. Sistem operasi peranti-persnti Realme juga masih menggunakan sistem operasi daripada Oppo, ColorOS.
Kini, nampaknya Realme memang benar-benar ingin menjadi syarikat tersendiri. Ini adalah kerana, mereka baru sahaja daftar tanda dagang buat nama RealmeOS. Ini bermakna kelak, peranti-peranti Realme mungkin akan menjalankan sistem operasi tersendiri dengan nama RealmeOS.
Harapnya, RealmeOS ini akan menjadi satu kelainan dan bukan sahaja menukar nama dari ColorOS. Pesaing lain seperti Honor Magic 2 yang menjalankan Magic UI 2.0, ia hanyalah nama sahaja – lain-lain masih lagi mirip EMUI. Manakala, Pocophone F1 pula menjalankan MIUI for Poco – iaitu MIUI khas untuk Poco.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RqqqJO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment