Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bluetooth 5.1 Akan Menyertakan Sokongan Mengetahui Arah Sambungan Isyarat Bluetooth – Memudahkan Penemuan Peranti Berhubung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bluetooth 5.1 Akan Menyertakan Sokongan Mengetahui Arah Sambungan Isyarat Bluetooth – Memudahkan Penemuan Peranti Berhubung

Bluetooth merupakan salah satu piawaian yang digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih masa kini dalam berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain. Terkini, pembangun piawaian Bluetooth telah pun mengumumkan Bluetooth 5.1 yang sedia diuji oleh para pembangun.

Melaluinya, ia kini menyertakan sebuah ciri baru yang dinamakan “Direction Finding“, membolehkan pengeluar peranti mengintegrasikannya pada produk mereka dan menggunakannya dalam mengetahui arah pancaran isyarat Bluetooth.

Hal ini dijayakan dengan menggunakan beberapa antena pada peranti Bluetooth berkenaan. Ia seterusnya akan mengenal-pasti kekuatan sambungan Bluetooth pada setiap antena berbeza, sekaligus mengenal-pasti arah dimana isyarat berkenaan paling kuat. Langkah ini sekaligus memudahkan penemuan peranti berhubung secara Bluetooth lain melaluinya.

Bluetooth 5.1 Direction Finding

Dengan langkah ini, anda boleh menemui dimana peranti berhubung lain dalam jarak hanya beberapa sentimeter. Sebagai contoh, sekiranya anda memasang penjejak pada kunci anda, dan penjejak berkenaan berhubung dengan telefon pintar anda; maka anda boleh mengetahui kedudukan semasa penjejak bersama kunci anda dengan pantas dan mudah.

Pengenalan ciri ini sekaligus akan memudahkan anda menemui pelbagai peranti berhubung secara Bluetooth dengan mudah – tidak kira jam tangan pintar anda, atau sebarang penjejak yang dipasang pada barangan atau haiwan peliharaan.

Menariknya, selain daripada untuk pengguna umum, ciri ini juga sangat berguna untuk penggunaan dalam industri – dalam memudahkan pengurusan barangan dan sebagainya.

Bluetooth 5.1 Direction Finding

Buat masa ini, spesifikasi Bluetooth 5.1 dengan sokongan baru ini telah diumumkan untuk para pembangun. Kita mungkin akan melihat ia hadir pada peranti selepas spesifikasi ini mencapai fasa akhir kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2COsINP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.