Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Kehakiman A.S Memulakan Pendakwaan Terhadap Huawei Atas Tuduhan Penipuan Bank Dan Mencuri Rahsia Teknologi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Kehakiman A.S Memulakan Pendakwaan Terhadap Huawei Atas Tuduhan Penipuan Bank Dan Mencuri Rahsia Teknologi

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) hari ini memulakan pendakwaan terhadap syarikat Huawei beberapa bulan selepas CFO mereka Meng Wanzhou ditahan di Kanada. Sebanyak 23 pertuduhan dikenakan ke atas Huawei kerana mencuri rahsia teknologi milik T-Mobile, penipuan perbankan dan menghalang proses pengadilan.

Pertuduhan yang dikenakan adalah serius kerana Huawei didakwa dengan sengaja mengelirukan pihak bank dalam urusan dengan anak syarikat mereka Skycom yang melakukan urusan dengan Iran. Umum diketahui perdagangan dengan Iran adalah dihalang kerana sekatan yang dikenakan oleh pihak PBB. Pihak DOJ kini akan melakukan proses ekstradisi Meng Wanzhou dari Kanada bagi menghadapi pertuduhan.

Huawei turut berhadapan dengan tuduhan mencuri teknologi robot Tappy milik T-Mobile. Robot ini digunakan sebagai ganti jari manusia dalam proses ujian telefon pintar. Jurutera Huawei didakwa mengambil gambar, ukuran dan mencuri komponen bagi menghasilkan robot yang sama. Pihak Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ke atas pertuduhan yang dihadapi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UtaAjT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.