Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pepijat Pada FaceTime Membolehkan Audio Didengari Dan Video Dilihat Tanpa Panggilan Diangkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pepijat Pada FaceTime Membolehkan Audio Didengari Dan Video Dilihat Tanpa Panggilan Diangkat

Privasi adalah amat penting kerana tiada insan ingin diintip. Tetapi bagi pengguna FaceTime pada iOS dan macOS, anda mungkin telah diintip tanpa disedari kerana pepijat yang baru sahaja ditemui semalam. Pemanggil boleh mendengar audio dan melihat video walaupun panggilan FaceTime tidak diangkat oleh pengguna. Ini pastinya merisaukan pengguna yang mementingkan privasi.

Pepijat ini boleh dilakukan oleh semua pengguna dengan melakukan panggilan FaceTime. Ketika panggilan berdering, pemanggil perlu menekan butang menambah ahli ke dalam panggilan FaceTime berkumpulan. Pemanggil kemudian perlu menambah nombor telefon mereka sendiri. Pepijat mengakibatkan panggilan pertama yang belum diangkat tadi disambungkan secara automatik. Pada skrin penerima panggilan pertama tidak akan menyedari kini kamera dan audio dari peranti mereka boleh diakses pemanggil.

Masalah ini ditemui pada kesemua peranti yang menggunakan sistem operasi terkini iOS dan macOS. Pihak Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pepijat yang serius ini. Mereka bercadang mengeluarkan kemas kini kepada sistem operasi pada minggu ini bagi mengelakkan kerentanan dari terus berlaku.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RTuvvj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.