Samsung Dilaporkan Akan Mengambil Alih Syarikat Yang Membangunkan Kamera Zoom Nirhilang Untuk Oppo
Kemampuan kamera yang lebih dari tahun ke tahun menjadi tumpuan pengeluar sekarang memandangkan kuasa memproses yang tidak lagi dilihat penting oleh majoriti pengguna. Oppo bakal melancarkan sistem kamera yang mampu melakukan zoom 10X nirhilang di MWC. Menurut laporan Globe, Samsung kini dalam proses untuk mengambil alih syarikat yang bekerjasama dengan Oppo bagi membangunkan teknologi zoom nirhilang ini.
Corephotonics ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Israel. Mereka bekerjasama dengan Oppo sebelum ini untuk sistem zoom optikak 5X nirhilang. Terdapat kemungkinan sistem kamera zoom 10X yang bakal dilancarkan turut menerima sentuhan dari Corephotonics. Adalah dipercayai Samsung akan membayar $150 juta bagi mengambil alih Corephotonics.
Corephotonics mula dikenali ramai selepas menyaman Apple kerana didakwa menggunakan teknologi dwi-kamera mereka tanpa kebenaran pada iPhone X, 7 Plus dan 8 Plus.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UpRbQv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment