Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sistem Pembatalan Bunyi Dengkur Telah Berjaya Dibangunkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sistem Pembatalan Bunyi Dengkur Telah Berjaya Dibangunkan

Fon kepala dengan sistem pembatalan hingar telah dicipta empat puluh tahun lalu oleh Bose. Majoriti fon kepala berkelas mercu kini menyertakannya sebagai fungsi standard bagi menghalang bunyi luar dan mencemari audio yang ingin didengari. Teknologi ini kini digunapakai pula untuk sistem pembatalan dengkur ketika tidur oleh penyelidik dari Northern Illinois University.

Sistem yang dibangunkan ini terdiri daripada sebuah bantar yang mempunyai mikrofon terbina bagi mengesan tahap kekuatan dengkuran. Pada kepala katil terdapat pula sistem suara yang menghasilkan audio bertentangan amplitud bagi membatalkan bunyi dengkuran. Biasanya bunyi bising yang mencecah kekuatan 35 dB boleh mengganggu tidur manakala bunyi dengkuran biasa mampu mencecah 60 dB.

Dengan sistem pembatalan dengkur ini, kekuatan bunyi dengkuran tidak dihapuskan sepenuhnya tetapi dikurangkan sehingga 30 dB. Kajian lengkap sistem anti-dengkur ini telah diterbitkan di dalam Journal of Automatica Sinica awal bulan yang lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TiIdV7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.